Sunday, 11 December 2016

DO AND DON'T tatkala hari peperiksaan kian hampir.

Antara langkah yang sering kali kita gunakan sebagai pelajar terutamanya ialah :-
  • ·         Mengulang kaji pelajaran seminggu sebelum hari peperiksaan bermula.
  • ·         Membaca buku teks dari kulit ke kulit tanpa membuat sebarang contengan.
  • ·         Mengulang kaji matapelajaran matematik dengan hanya membaca sahaja.
  • ·         Berada dirumah/kolej dan berlagak seperti seorang yang genius.
  • ·         24 jam di meja belajar tanpa menunaikan solat, makan dan beriadah.

Semua perkara diatas adalah benda yang sering kita sebagai pelajar lakukan. Dan sesungguhnya semua perkara diatas adalah SALAH dan TIDAK PATUT untuk kita sebagai pelajar melakukannya.

Kenapa ? Baiklah disini aku kongsikan sebab-sebabnya. Antaranya ialah :-
  • ·         Jika kita mengulang kaji pelajaran seminggu sebelum peperiksaan bermula, adalah MUSTAHIL untuk kita dapat membaca sepenuhnya silibus  matapelajaran yang kita pelajari. Untuk mengulang kaji sesuatu matapelajaran sekurang-kurangnya mengambil masa lebih kurang       2 – 3 hari. Jadi, adalah TIDAK PATUT untuk anda mengulang kaji pelajaran seminggu sebelum hari peperiksaan.
  • ·         Baca buku teks dari kulit ke kulit ? Bagus.. Tanpa sebarang contengan ? TIDAK BAGUS SAMA SEKALI. Hal ini kerana, dengan membuat sedikit contengan dapat menguatkan lagi ingatan kerana kita membaca dua perkara yang sama dua kali.
  • ·         Cara mengulang kaji mata pelajaran matematik adalah dengan MELAKUKAN BANYAK LATIHAN kerana matematik menggunakan formula. Jadi, dengan melakukan banyak latihan, kita akan mahir serta dapat menghafal formula-formula yang kerap digunaan. Sedikit sebanyak memberi impak kepada kita ketika menjawab peperiksaan. Hal ini kerana, kita dapat MENJIMATKAN WAKTU tanpa perlu melihat ke halaman hadapan yang mengandungi formula.
  • ·         Andai anda seorang yang genius, anda tidak akan belajar bersendirian. Hal ini kerana, jika anda belajar bersama rakan-rakan mahupun belajar bersama guru/pensyarah. Dengan cara ini, sebarang pertanyaan atau keraguan boleh ditanya terus kepada yang pakar. Apabila belajar bersama rakan-rakan, pastikan segala PERALATAN ELETRONIK DIKETEPIKAN buat sementara waktu. Elakkan daripada belajar menggunakan alat eletronik. Elakkan daripada belajar bersendirian kerana sukar untuk membuat sebarang rujukan.
  • ·         Penjadualan waktu belajar adalah penting. Mengapa ? Hal ini kerana, waktu kita akan lebih teratur dan kita dapat belajar merangkumi semua matapelajaran dengan focus tanpa perlu tergopoh-gapah. Dengan adanya jadual juga dapat mengelakkan kita daripada hanya menghadap buku 24 jam. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya, gastrik, migraine, stress dan sebagainya.
sSaya berharap agar segala perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Semoga anda mempraktikkan segala apa yang telah saya kongsikan. Sekian dari saya.